Start
TASKA IQ GEMILANG
PUSAT PERKEMBANGAN MENYELURUH BAYI DAN KANAK-KANAK
Thursday, March 6, 2014
Still life : satu objek
Latihan hari ini, kami melukis satu objek sahaja. Sebuah tempayan dengan media pensel warna teknik silang pangkah.
Friday, February 25, 2011
Aktiviti : pemakanan
6 | Pemakanan : kepentingan karbohidrat; Mari masak donut | 1. Gandum 2. Margerin 3. Telur 4. Yis 5. Gula halus 6. Mangkuk 7. Pinggan 8. Donut siap digoreng | 1. Bawa kanak-kanak ke tempat aktiviti 2. Terangkan tentang peraturan aktiviti. 3. Pastikan tangan bersih dan memakai apron. 4. Pengasuh menunjukkan bahan dan dicampurkan satu persatu. 5. Terangkan kepentingan karbohidrat (tepung gandum): a. Boleh berlari b. Main bola c. Belajar d. Main computer e. Main di taman 6. Setelah siap doh, bahagikan kepada setiap kanak-kanak. 7. Kanak-kanak akan menguli dan membuat bentuk cincin. 8. Berikan setiap kanak-kanak donut yang telah masak. 9. Taburkan gula halus dan kemudian siap untuk dimakan. 10. Minta kanak-kanak ulang semula kebaikan karbohidrat tadi. 11. Sentiasa member pujian dan galakan. 12. Setelah tamat aktiviti, minta mereka sama-sama mengemaskan tempat aktiviti |
Wednesday, February 16, 2011
aktiviti-aktiviti di IQ Gemilang
Fizikal: (mencucuk) Motor halus: mari buat rantai manik. | 1. Manic pelbagai warna 2. Tali tangsi | 1. Bawa kanak-kanak ke tempat aktiviti. 2. Terangkan tentang peraturan aktiviti. 3. Beri kebebasan kepada kanak-kanak untuk memilih warna kesukaan mereka. 4. Pastikan mereka tidak makan manic-manik yang telah disediakan. 5. Sentiasa member pujian dan galakan. 6. Pastikan mereka memegang dan mencucuk manic dengan betul. |
aktiviti-aktiviti di IQ Gemilang
3 | Fizikal: Motor kasar: jom main teng-teng | 1. Tikar puzzle ABC | 1. Bawa kanak-kanak ke tempat aktiviti 2. Terangkan tentang peraturan permainan 3. Bersama kanak-kanak siapkan tikar puzzle untuk bermaain teng-teng 4. Pusingan pertama kanak-kanak akan melompat dua kaki 5. Pusingan kedua kanak-kanak akan melompat dua dan satu kaki 6. Sentiasa member pujian dan galakan. |
aktiviti-aktiviti di IQ Gemilang
2 | Bahasa : Mari mengenal serangga di taman | 1. Model gambar taman. 2. Gambar serangga. 3. Double tape | 1. Kanak-kanak berkumpul di tempat aktiviti 2. Terangkan tentang peraturan 3. Berbual tentang model yang telah disediakan. 4. Letakkan gambar serangga di hadapan kanak-kanak. 5. Kanak-kanak akan belajar menyebut gambar-gambar yang dilihat. 6. Beri peluang mereka menyebut secara berkumpulan dan individu. 7. Sentiasa member pujian dan galakan. 8. Jika kanak-kanak telah dapat menyebut semua gambar yang telah disediakan dengan betul, sediakan buku tentang serangga, tunjukkan serangga lain dan terangkan tentang cirri-ciri fizikal serangga. Cth, serangga mesti ada 3 bahagian iaitu head, torract and abdomen. |
aktiviti-aktiviti di IQ Gemilang
1 | Kognitif: Habitat haiwan | 1. Gambar haiwan yang boleh terbang, haiwan yang hidup dalam air dan haiwan yang hidup di darat. 2. Background pemandangan daratan dan air. 3. Double tape. | 1. Kanak-kanak berkumpul di tempat aktiviti. 2. Terangkan tentang peraturan permainan. 3. Letakkan semua gambar haiwan diatas meja. 4. Beri kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengambil dan menampaal gambar tersebut. 5. Buat semakan bersama melalui perbualan dan jika terdapat kesalahan, beri peluang kepada salah seorang kanak-kanak untuk membetulkannya. 6. Sentiasa member pujian daan galakan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)